> PERSAMAAN SERENTAK <
Konsep Penting
Tips Sukses
Mahir dalam manipulasi algebra
Bentukkan dua persamaan dan kenalpastikan persamaan yang lebih mudah dan seterusnya ungkapkan satu anu sebagai perkara rumus. (Cuba elakkan pecahan)
Sekiranya persamaan yang diberi melibatkan pecahan hapuskan pecahan dengan mendarabkan dengan satu anu atau nilai yang sesuai
Gunakan kaedah penggantian dan pemfaktoran. Sekiranya tidak boleh difaktorkan gunakan kaedah rumus.
Senarai Kemahiran Penting
Menyelesaikan persamaan serentak melalui kaedah penggantian
Mencari titik persilangan menggunakan penyelesaian persamaan serentak
Membentuk persamaan linear dan persamaan kuadratik daripada masalah diberi dan seterusnya menyelesaikan persamaan serentak