|
Selamat 'Bercuti'... cikgu ucapkan kepada semua warga
pelajar dan pendidik. Cuti dalam erti kata kita keluar dari suasana
pendidikan secara formal kepada suasana pendidikan yang dikendalikan oleh
diri sendiri. Ini kerana proses pendidikan itu sebenarnya adalah satu proses
yang berterusan dan tidak ada hentinya. Bagi warga pelajar cuti pada
kali ini haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk memuhasabah
prestasi diri dan disusuli dengan proses pembinaan prestasi melalui pelbagai
pendekatan yang sesuai dengan diri pelajar. Bagi mereka yang bakal
menghadapi SPM 2003 pula, kesempatan cuti terakhir ini haruslah digunakan
semaksima mungkin untuk mengulangkaji matapelajaran dan meningkatkan
kefahaman terhadap bentuk-bentuk soalan SPM.
-Selamat Bercuti-
|
|
|