| BAB 
          1: FUNGSI 
          Kemahiran yang 
          sering diuji di dalam bab ini secara amnya tertumpu kepada:- 
            Mencari fungsi 
            songsanganMencari fungsi gubahanGabungan di antara 
            fungsi songsangan dan fungsi gubahanMencari nilai pemalar. 
          Sebenarnya di dalam bab ini terdapat beberapa kaedah atau tips - tips 
          ringkas yang tidak ditunjukkan di dalam buku teks kementerian. Di 
          bawah ini cikgu perturunkan beberapa contoh soalan dan tips mudah 
          untuk menyelesaikannya.(Sebarang bantahan berhubung kaedah di bawah, 
          sila maklumkan kepada cikgu). 
          Contoh 1 
            
            Diberi f(x) = 
            2/(x-3), cari f-1 (-3). 
          Kebiasaannya dalam menyelesaikan masalah ini pelajar terlebih dahulu 
          mencari fungsi songsang, kemudian menggantikan objek yang diberi untuk 
          mencari imej yang dimaksudkan. Namun demikian kaedah seperti berikut 
          dapat meringkaskan jawapan dan pelajar tidak perlu mencari fungsi 
          songsang. 
            
             f-1 
            (-3) = 2/(x-3)= -3   ( jadikan objek (-3) sebagai imej 
            fungsi tersebut)  
                        
            = 2 =-3(x - 3) 
                        
            = x = -7/-3  oyd f-1 (-3) = 7/3 
            Pelajar 
            disarankan mencuba soalan-soalan yang serupa daripada koleksi soalan 
            SPM:- SPM94 K1 no. 14biii, SPM93 K2 no. 13 aii, atau pun mana-mana 
            model soalan SPM. 
          Contoh 2 
            
            Diberi fungsi  
            f(x) = 3/(x - 2) dan g(x) = 4x - 3. Cari nilai f-1 g(3). 
            Apa yang perlu 
            pelajar lakukan ialah cari fungsi sonsangan f terlebih dahulu iaitu:-f-1 
            (x) = (3+2x)/x,  dan tak perlu cari fungsi gubahan f-1 
            g. Apa yang perlu ialah cari nilai g(3) iaitu  g(3) = 4(3) - 3 
            = 9. 
            kemudian gantikan 
            g(3) = 9 ke dalam f-1 .  Iaitu   f-1 
            g(3) = [3 + 2(9)]/9 = 7/3. 
            Pelajar 
            disarankan mencuba soalan-soalan yang serupa daripada koleksi soalan 
            SPM:- SPM98 K1 no. 12b, SPM95 K1 no. 3bii, SPM93 K1 no. 4b  
            atau pun mana-mana model soalan SPM. bersambung... |