> FUNGSI KUADRATIK <

 

Konsep Penting

  • Bentuk am
  • Kaedah lakaran graf kuadratik dan paksi simetri
  • Kaedah penyempurnaan kuasa dua untuk menentukan titik min/max
  • Ketaksamaan linear
  • Ketaksamaan kuadratik

Tips Sukses

  • Mahir dalam manupulasi algebra untuk fungsi kuadratik dan ketaksamaan
  • Semasa melakar graf tanda dan tuliskan koordinat titik min/max dengan jelas. Nilai pintasan-y juga mesti dinyatakan
  • Semasa menyelesaikan ketaksamaan, teliti dalam penggunaan tanda ketaksamaan. Songsangkan tanda ketaksamaan apabila mendarab  atau membahagi dengansatu nombor negatif
  • Dapat menentukan julat menggunakan kaedah graf
  • Dapat mencari julat x untuk ketaksamaan yang digabungkan

Senarai Kemahiran Penting

  • Mencari nilai titik min/max menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua
  • Melakarkan graf fungsi kuadratik
  • Menyelesaikan ketaksamaan melalui bentuk graf
  • Mencari julat nilai anu dalam persamaan apabila syarat untuk jenis punca atau kedudukan graf diberi. Biasanya melibatkan kaedah graf
  • Mencari nilai atau julat nilai anu dalam persamaan kuadratik apabila syarat untuk jenis punca diberi.

Kepada para pelajar yang bermasalah di dalam bab ini, bolehlah menghubungi cikgu@math.com untuk tips-tips mudah seterusnya.

 
Laman Ini Diselenggarakan Oleh cikgu@math.com