> FUNGSI <

 

Konsep Penting

  • Hubungan
  • Fungsi
  • Nilai Mutlak
  • Fungsi Gubahan
  • Fungsi Songsangan

Tips Sukses

  • Menguasai asas fungsi, gubahan dan songsangan
  • Menguasai Idea Modulus |   | dan dapat melakar grafnya

Senarai Kemahiran Penting

  • Mencari Imej di bawah suatu fungsi
  • Membentuk Fungsi Gubahan atau Songsangan atau gabungan keduanya
  • Mencari sesuatu fungsi atau pemalar daripada fungsi gubahan diberi

Sebenarnya di dalam bab ini terdapat beberapa kaedah atau tips - tips ringkas yang tidak ditunjukkan di dalam buku teks kementerian. Di bawah ini cikgu perturunkan beberapa contoh soalan dan tips mudah untuk menyelesaikannya.(Sebarang bantahan berhubung kaedah di bawah, sila maklumkan kepada cikgu).

Contoh 1

Diberi f(x) = 2/(x-3), cari f-1 (-3).

Kebiasaannya dalam menyelesaikan masalah ini pelajar terlebih dahulu mencari fungsi songsang, kemudian menggantikan objek yang diberi untuk mencari imej yang dimaksudkan. Namun demikian kaedah seperti berikut dapat meringkaskan jawapan dan pelajar tidak perlu mencari fungsi songsang.

 f-1 (-3) = 2/(x-3)= -3   ( jadikan objek (-3) sebagai imej fungsi tersebut)

            = 2 =-3(x - 3)

            = x = -7/-3  oyd f-1 (-3) = 7/3

Pelajar disarankan mencuba soalan-soalan yang serupa daripada koleksi soalan SPM:- SPM94 K1 no. 14biii, SPM93 K2 no. 13 aii, atau pun mana-mana model soalan SPM.

Contoh 2

Diberi fungsi  f(x) = 3/(x - 2) dan g(x) = 4x - 3. Cari nilai f-1 g(3).

Apa yang perlu pelajar lakukan ialah cari fungsi sonsangan f terlebih dahulu iaitu:-f-1 (x) = (3+2x)/x,  dan tak perlu cari fungsi gubahan f-1 g. Apa yang perlu ialah cari nilai g(3) iaitu  g(3) = 4(3) - 3 = 9.

kemudian gantikan g(3) = 9 ke dalam f-1 .  Iaitu   f-1 g(3) = [3 + 2(9)]/9 = 7/3.

Pelajar disarankan mencuba soalan-soalan yang serupa daripada koleksi soalan SPM:- SPM98 K1 no. 12b, SPM95 K1 no. 3bii, SPM93 K1 no. 4b  atau pun mana-mana model soalan SPM.

bersambung...

 
Laman Ini Diselenggarakan Oleh cikgu@math.com